Aktiviti Mantap





Pemberian Kurma Ramadhan 2016
Acara mengedar kurma oleh Mantap pada Ramadhan 2016. Program ringkas edaran juadah berbuka puasa kepada pengguna LRT bertempat di Stesen LRT Bangsar. Rezeki yang dikurniakan dapat dikongsi bersama .





Oil Palm For Life ( OPAL )
Harapan untuk membawa masuk 1, 000 tenaga kerja baru dalam kalangan bekas penagih dadah yang merupakan warganegara Malaysia adalah sangat bertepatan dengan kehendak semasa. Inisiatif yang diambil oleh Pertubuhan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) adalah satu nafas baru untuk memberi peluang kedua buat golongan yang sering dipinggir oleh segelintir masyarakat ini. Oil Palm For Life bukan sekadar mensasarkan kepada bekas-bekas penagih namun untuk jangka masa panjang ia terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya.





Majlis Pecah Tanah RMMJ
Suasana sekitar Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) bagi Taman Perbadanan Islam di Bandar Maharani Muar.
Seramai 2000 orang pengunjung termasuk pemohon telah hadir ke Majlis Pecah Tanah yang dirasmikan oleh YAB Khaled Nordin, MB Johor bersama YB Dato Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar.






Karnival Anti Dadah 16
Objektif utama KANDA'16 ini ialah memberi kesedaran tentang bahayanya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat. Selain itu, program ini juga berhasrat untuk memberi peluang masyarakat bertemu dan beramah mesra bersama pemimpin di samping menonjolkan penglibatan golongan mahasiswa dalam program-program kemasyarakatan seumpama ini. Dengan terlaksananya program ini jelas membuktikan semangat kesukanan mampu membendung gejala negatif dalam apa jua keadaan.Program telah bermula pada jam 3.00 petang dengan Pertandingan Warna-Warni Permatang Pauh yang disertai seramai 98 orang pelajar sekolaah kategori tadika dan sekolah rendah, diselangi dengan acara Sukaneka Rakyat yang disertai lebih kurang 150 orang pengunjung.






Criminal Escape Run
Acara kemuncak , Criminal Escape Run yang disertai lebih kurang 600 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, pelajar sekolah dan orang awam. Perasmian pelepasan acara larian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh yang turut serta secara langsung dalam larian ini bersama para peserta.




MANTAP Reunion
Mantap Family reunion in Majlis Berbuka Puasa with Biro IPTS . Bertempat di Hotel.




Beyond The Sports Network
Aktiviti futsal mingguan MANTAP bersama biro dan agensi kerajaan dan pleajar.