OPAL

OPAL - OIL PALM FOR LIFE

OPAL logo

Oil Palm For Life

Program ‘Oil Palm For Life’ ( OPAL) bakal memberi peluang kedua kepada bekas penagih serta membuka ruang kepada kumpulan sasar yang berkaitan di dalam bidang perladangan sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata bagi tujuan itu seramai 1,000 tenaga kerja daripada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (CCRC) akan mejadi perintis kepada projek berkenaan.

Objektif

Program ini adalah berasaskan dua faktor penyebab:

  1. AADK mempunyai masalah kes penagihan berulang yang tinggi dan tidak dapat menampung kapasiti rawatan & pemulihan untuk menampung bilangan penagih yang sedia ada.
  2. Kekurangan tenaga buruh tempatan dan kebergantungan kepada buruh asing di sektor perladangan (FELDA/FGV).

AADK

Selepas rawatan di CCRC bekas penagih menadi "Orang Kena Pengawasan" (OKP) selama 2 tahun. OKP perlu melapor diri di AADK Daerah dan membuat ujian air kencing. Selama 2 tahun ini OKP tidak boleh keluar kawasan yang di perintah oleh mahkamah.

Bagi mengelakkan penagih berulang adalah dicadangkan agar diwujudkan inisiatif berikut:

  1. Menyediakan pekerjaan
  2. Kekal dalam kelompok
  3. Memberi imej positif kepada bekas penagih

FELDA/FGV

  1. Pengunaan buruh tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing
  2. Memperkukuhkan pembangunan inklusif ke arah masyarakat yang saksama
  3. Memperkasa pembangunan modal insan selaras dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia negara maju

Perlaksanaan

OPAL graphic 2

Manfaat

OPAL graphic 1