Sejarah Penubuhan

Sejarah MANTAP

 

Program Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) merupakan sebuah program internship Barisan Nasional yang di pengerusikan oleh YB Dato’ Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) telah dimulakan sejak tahun 2011 sehingga kini (2015). Sehingga hari ini, Program Mahasiswa Turun Parlimen ini telah melahir sebanyak 341 alumni yang sebahagian besarnya berjaya diserap ke dalam Agensi- agensi Kerajaan, Badan - badan berkanun dan berkerja bersama Ahli Parlimen sebagai Pegawai Khas.

 

Penyertaan Program MANTAP ini adalah terbuka kepada semua lepasan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta termasuk luar negara. Saban tahun, jumlah permohonan bagi menyertai Program ini meningkat dari 76 orang peserta pada MANTAP siri pertama, kini jumlahnya hampir mencecah 300 permohonan bagi MANTAP siri ke lima. Memandang permohonan penyertaan yang kian meningkat, pihak sekretariat telah berkerjasama denga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Biro Tatanegara bagi membantu membuat tapisan dan sesi temuduga. Tujuan penilaian dan temuduga dibuat adalah bagi memastikan kualiti pelatih yang mengikuti Program ini mencapai tahap yang terbaik. Biro Tatanegara pula berperanan mengendalikan kursus sekurang-kurangnya selama 7 hari bagi membantu pemantapan jati diri dan keyakinan peserta sebelum meraka layak menyertai Program MANTAP dan diserahkan kepada Ahli Parlimen.

 

Bagi menyahut cabaran Kepimpinan Parti, Program Mahasiswa Turun Parlimen ini berlangsung atas 4 objektif utama iaitu ; memberi pendedahan kepada mahasiswa yang telah tamat pengajian di university untuk mempelajari hal ehwal berkaitan Parlimen Malaysia, termasuk sistem perundangan dan tugasan di Bangunan Parlimen. Selain itu, MANTAP juga menjadi sebuah platform terbaik bagi graduan untuk berkhidmat secara langsung bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang bernaung di bawah BNBBC dan juga Menteri Kabinet. Pelatih yang menyertai program ini dapat merasai pengalaman bertugas di Parlimen Malaysia sebagai Pegawai penyelidik dan pembantu pegawai khas Yang Berhormat. Objektif terakhir adalah pelatih berpeluang mendalami masalah rakyat di kawasan parlimen sama seperti peranan yang dimainkan oleh Yang Berhormat. Hal ini demikian, pelatih akan diberi peluang untuk bekerja di Pusat Khidmat di kawasan Ahli Palimen dan mengendalikan program Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.

 

            Diakhir program ini, para pelatih yang terbaik akan diberikan anugerah ‘Perintis Barisan Nasional’ , satu anugerah yang akan disampaikan sendiri oleh Y.A.B Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Penerima Anugerah ini merupakan seorang pelatih yang sangat berdedikasi dan dinamik dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh Ahli Parlimen dan dinilai dari pelbagai aspek antaranya ialah, penampilan dan personality terbaik, penilaian yang tinggi oleh secretariat, saranan daripada pegawai-pegawai khas Yang Berhormat serta mendapat markah yang tinggi dalam tugasan yang diberikan oleh Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC). Pemenang tersebut adalah sangat disarankan untuk diambil bekerja bersama Ahli Parlimen dan Agensi-agensi Kerajaan setaraf dengan kelayakan akademik yang dimiliki.

 

Rentetan Program Internship ini yang terus dijalankan, maka alumni yang lahir dari MANTAP bersetuju bagi menubuhkan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menyatukan alumni daripada semua siri yang lepas dan akan dating sebagai penerus legasi Mahasiswa yang menyokong dasar kerajaan Barisan Nasional. Kepimpinan Pertubuhan MANTAP ini diterajui oleh Alumni Program MANTAP yang telah dijalankan sebelum ini. Pertubuhan Alumni MANTAP juga mendapat sokongan penubuhannya dari Kementerian Belia dan Suka (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).