Tentang Kami

Tentang Kami

Sejarah Penubuhan

         Program Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) merupakan sebuah program internship Barisan Nasional yang di pengerusikan oleh YB Dato’ Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) telah dimulakan sejak tahun 2011 sehingga kini (2015). Sehingga hari ini, Program Mahasiswa Turun Parlimen ini telah melahir sebanyak 341 alumni yang sebahagian besarnya berjaya diserap ke dalam Agensi- agensi Kerajaan, Badan - badan berkanun dan berkerja bersama Ahli Parlimen sebagai Pegawai Khas.

         Penyertaan Program MANTAP ini adalah terbuka kepada semua lepasan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta termasuk luar negara. Saban tahun, jumlah permohonan bagi menyertai Program ini meningkat dari 76 orang peserta pada MANTAP siri pertama, kini jumlahnya hampir mencecah 300 permohonan bagi MANTAP siri ke lima. Memandang permohonan penyertaan yang kian meningkat, pihak sekretariat telah berkerjasama denga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Biro Tatanegara bagi membantu membuat tapisan dan sesi temuduga. Tujuan penilaian dan temuduga dibuat adalah bagi memastikan kualiti pelatih yang mengikuti Program ini mencapai tahap yang terbaik. Biro Tatanegara pula berperanan mengendalikan kursus sekurang-kurangnya selama 7 hari bagi membantu pemantapan jati diri dan keyakinan peserta sebelum meraka layak menyertai Program MANTAP dan diserahkan kepada Ahli Parlimen.

Baca Sepenuhnya

             Bagi menyahut cabaran Kepimpinan Parti, Program Mahasiswa Turun Parlimen ini berlangsung atas 4 objektif utama iaitu ; memberi pendedahan kepada mahasiswa yang telah tamat pengajian di university untuk mempelajari hal ehwal berkaitan Parlimen Malaysia, termasuk sistem perundangan dan tugasan di Bangunan Parlimen. Selain itu, MANTAP juga menjadi sebuah platform terbaik bagi graduan untuk berkhidmat secara langsung bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang bernaung di bawah BNBBC dan juga Menteri Kabinet. Pelatih yang menyertai program ini dapat merasai pengalaman bertugas di Parlimen Malaysia sebagai Pegawai penyelidik dan pembantu pegawai khas Yang Berhormat. Objektif terakhir adalah pelatih berpeluang mendalami masalah rakyat di kawasan parlimen sama seperti peranan yang dimainkan oleh Yang Berhormat. Hal ini demikian, pelatih akan diberi peluang untuk bekerja di Pusat Khidmat di kawasan Ahli Palimen dan mengendalikan program Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.
    
         Diakhir program ini, para pelatih yang terbaik akan diberikan anugerah ‘Perintis Barisan Nasional’ , satu anugerah yang akan disampaikan sendiri oleh Y.A.B Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. Penerima Anugerah ini merupakan seorang pelatih yang sangat berdedikasi dan dinamik dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh Ahli Parlimen dan dinilai dari pelbagai aspek antaranya ialah, penampilan dan personality terbaik, penilaian yang tinggi oleh secretariat, saranan daripada pegawai-pegawai khas Yang Berhormat serta mendapat markah yang tinggi dalam tugasan yang diberikan oleh Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC). Pemenang tersebut adalah sangat disarankan untuk diambil bekerja bersama Ahli Parlimen dan Agensi-agensi Kerajaan setaraf dengan kelayakan akademik yang dimiliki.

         Rentetan Program Internship ini yang terus dijalankan, maka alumni yang lahir dari MANTAP bersetuju bagi menubuhkan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menyatukan alumni daripada semua siri yang lepas dan akan dating sebagai penerus legasi Mahasiswa yang menyokong dasar kerajaan Barisan Nasional. Kepimpinan Pertubuhan MANTAP ini diterajui oleh Alumni Program MANTAP yang telah dijalankan sebelum ini. Pertubuhan Alumni MANTAP juga mendapat sokongan penubuhannya dari Kementerian Belia dan Suka (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

bulb1
aim2

Objektif

  1. Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dalam kalangan ahli-ahli.
  2. Menganjurkan program mantap sebagai memberi latihan kepada mahasiswa atau graduan untuk memenuhi syarat dan kelayakan menyertai pertubuhan.
  3. Menjaga kebajikan am ahli-ahli.
  4. Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan serta memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan.
  5. Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kepimpinan, kependidikan, kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain.
  6. Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan masyarakat.

Matlamat Penubuhan

Pertubuhan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) ditubuhkan dengan tujuan untuk merapatkan hubungan ukhwah dan silaturahim sesama alumni Program Mahasiswa Turun Parlimen yang berada di seluruh negara dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti. Segala bentuk program dan aktiviti adalah bersandarkan kepada ciri-ciri budaya yang ada dalam diri masyarakat Kebajikan rakyat yang diterapkan semasa mereka menjalani program internship telah tersemai di dalam diri alumni agar ia terus terpelihara. Segala program dan aktiviti MANTAP akan dilaksanakan pada peringkat Parlimen khususnya agar anak-anak Malaysia berpeluang untuk terlibat secara langsung dan dapat berbakti di tempat sendiri seperti pepatah Melayu mengatakan “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri sendiri”.

logo penerangan 2

Logo dan Penerangan

  1. Tiga warna Merah, Kuning, Biru melambangkan pertubuhan terdiri daripada lapisan kaum dan masyarakat majmuk di Malaysia disamping mengamalkan taat setia kepada Rukun Negara.
  2. Bangunan Parlimen membawa simbol ilmu mengenal nilai Kenegaraan dan menyanjung sistem Raja Berperlembagaan.
  3. Graduan membawa maksud pertubuhan ini dianggotai oleh alumni MANTAP yang pernah menjadi mahasiswa.

Relevan Penubuhan

         Seperti yang disarankan oleh YB Dato’ Razali Hj Ibrahim selaku Ahli Parlimen Muar sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman dan kepakaran anak muda khususnya golongan mahasiswa dapat digunakan untuk memantapkan golongan anak muda di Malaysia. Selain itu, penubuhan Pertubuhan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen juga dapat menjadi wadah bagi pengumpulan semula bekas-bekas pelatih MANTAP yang berada di agensi-agensi kerajaan, badan berkanun seluruh negara. Dengan ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk dilaksanakan bersama sebagai satu idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikkan kepada rakyat Malaysia khususnya.

         Masyarakat di Malaysia sepertimana yang diketahui mempunyai ribuan pelajar yang mendapat pendidikan di institusi pengajian tinggi, maka adalah tepat untuk mempunyai satu pertubuhan khas untuk mengumpulkan golongan terpelajar dan bijak pandai bagi memastikan kelangsungan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Perdana Menteri. Kewujudan pertubuhan ini memberi faedah dan kebaikkan kepada orang ramai di sekitarnya. Oleh itu, pertubuhan ini juga akan memainkan peranan yang penting sebagai penggerak atau pembuka ruang ke arah kecemerlangan akademik dan kerjaya ahlinya dalam situasi politik negara yang stabil.

         Pertubuhan ini juga mampu menjadi satu organisasi penting yang membawa pengaruh besar kepada ahli-ahlinya untuk mengeratkan silaturahim. Bekas-bekas pelatih juga perlu didaftar sebagai ahli dan dijemput untuk menyertai aktiviti yang bakal dilaksanakan bagi membawa impak yang lebih besar kepada Pertubuhan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen ini.Hanya dengan tertubuhnya pertubuhan ini diharapkan agar dapat membantu alumni MANTAP dalam merealisasikan impian negara untuk melahirkan golongan belia yang berilmu, berdedikasi dan berakhlak mulia serta bertungkus lumus berganding bahu mengharumkan nama negara.

Sasaran Penubuhan

  1. Alumni Program Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP).
  2. Mahasiswa yang bergraduat daripada ipta/ipts dari seluruh negara.
  3. Bekas pelajar yang sudah bekerjaya.

Penutup

Profil ini disediakan dengan harapan memberi maklumat lengkap mengenai Pertubuhan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen agar pihak yang berkenaan memahami matlamat penubuhan Pertubuhan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) dan mendapat perhatian yang serius dari semua pihak agar dapat membantu dalam memartabatkan golongan mahasiswa graduan dalam dan luar negara serta menyatupadukan lagi ukhwah di antara ahli-ahlinya.